Daisypath Anniversary tickers

EH3 ! JGN LUPE T!NGGALKAN J3JAK ANDA KT CNI TAU =)

FOLLOWERS YG COMEL

TUNANG ??

hyeee semua.. tak terlambat lagi kot kalau aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua umat islam..hmm lama kan aku tak update blog bukan ape bz sikit.nih pun saje nak share 1 cite dengan korang nih.. agak happy la jugak bagi aku..korang nak tau tak tak lama lagi kan aku dah nak bertunang..aku dgn dia dah berbincang maybe 23hb dec nih..mungkin ditakdirkan dia jodoh aku..dan aku terima apa adanya dia.. susah senang aku tetap akan bersama dia.. itu janji aku.. aku tak akan sia siakan orang sebaik dia..
 aku&dia
aku rasa happy sangat sangat bila dengan dia,dia jaga aku dengan penuh kasih sayang,kalau nak tau dia la yang membuatkan selera makan aku bertambah sekarang nih.. terima kasih B..aku sayang dia sangat,  aku harap hubungan kami kekal ke akhir hayat..insya allah..dan aku yakin dia dapat membimbing aku nanti.. tak sabar nak jadi isteri dan ibu pada anak anak dia nanti...alhamdulilah kedua dua belah pihak dah setuju dan dorang restui hubungan kami..31hb aug nih family dia akan datang jumpa family aku untuk upacara merisik.insya allah mudah-mudahan ianya berjalan dengan lancar nanti..doakan aku k... 

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

#Ramadan datang lagi...

dear dairi.. see pic meow dekat atas nih comel kan.. aku dapat dia.. matiler dia.. hahaha. sekarang tepat jam 2:58pm hari nih hari rabu 18julai persamaan dengan 28hb syaban.. lagi dua hari semua umat islam akan menyambut kedatangan ramadan.. wahh tak sabar sabar ni nak bangun sahur, pegi bazar ramadan shoping makanan banyak banyak.. hahaha.. teringat zaman bebudak dulu aku la paling liat nak bangun sahur.. tapi nak tanak kena bangun jugak..selagi tak bangun dengar laa suara mak mebebel.. sekarang dah tak boleh nak puasa penuh dah.. kalau dulu puasa penuh mak mesti bagi duit raya rm50..dulu rm50 memang dah besar sangat dala kan.. tapi sekarang rm50 macam rm5 je..5min boleh habis..

dan aku jugak tak sabar nak raya tahun nih,tau kan sebab ape..hihi.. aku da beli kain baju raya untuk mak.. tunggu nak hantar pegi tempah je lagi..tahun nih aku hadiahkan mak sepasang baju raya.. dan jugak sepasang lagi untuk kesayangan aku to.. siapa lagi kalau bukan anak sedara aku yang comel dan jugak nakal to.. tak lama lagi dia dah nak dapat adik baru.. dah 3bulan kot kakak aku ngandung.. tak sabar nak tunggu kelahiran si comel to.. diam tak diam aku dah ade 2 orang anak buah.. bila lah agaknya nak ade anak sendiri.. amboi gatai.. anak la konon anak tekak ada lah..

insya allah kan kalau ade jodoh.. tak salah kan fikir mase depan.. mesti comel baby aku nanti kan,kan.. (macam aku) hahaha...tapi kan.. ade benda yang menyemak kan kepala otak aku nih.. baby lappy aku rosak.. pening kepala bila memikirkan nyaa.. melayang lagi laa duit aku.. harap harap tande la kena memahal sangatkan.. aku ingat lepas raya ni baru nak hantar dia g repair.okeh laa sampai sini dulu laa aku menaip untuk kali nih.. tengok la kalau rajin kite bersua lagi yer.. selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa untuk semua umat islam.. jangan ponteng puasa tauuu...mwahhhh :*

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

Kita Akan Belajar Sesuatu

Sedalam kita merasakan cinta pada seseorang dan dengan rela memberi rasa pada dia namun jika masih memeluk tubuh seakan mengharap belaian kasih darinya akan kunjung tiba tanpa ada sebarang usaha itu adalah angan angan kosong yang mungkin tidak akan tercapai..

Hingga suatu masa jua akan kecundang di balik seribu sesesalan jika tiada tindakan dan penghayatan tentang ertinya cinta..


Kerana jodoh itu luas pengertiannya

Bila cinta yang dijaga dengan belaian manja bertahun lamanya terputus di tengah jalan, membuat seseorang itu hilang separuh jiwanya.. Meratap pergi kisah amat berharga di dalam dunia hidupnya berlalu sepi dan pergi meninggalkan luka yang dalam..

Namun, sekuat mana kita berusaha dan memujuk akan rayu agar cinta itu berbalas, jika tiada tertulis akan jodoh itu di atas kita antara dia.. Pasti tidak akan merujuk pada cinta.. Hanya memandang sepi, mengalir air mata kekecewa tanpa ada kekuatan di dalam diri di dalam mempersiapkan diri dari terus menanti harapan..Dan sebesar mana pun kita mencintai seseorang juga tidak akan bermakna apa apa jika tanpa sentuhan dari cintaNya.

Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dengan sepedih rasa, sedang ketegaran akan lebih indah untuk dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja, sedangkan ratap dan tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya, sedangkan berubah itu lebih utama.

Biarlah seluruh alam ini membantu kamu untuk mendekatkan kamu dengan dia insan yang dambakan, namun jika tiada jodoh pasti tidak akan tercapai.. Dan begitulah sebaliknya, biarlah seluruh alam menghalang jodoh itu antara kamu dan dia, namun telah tertulis jodoh itu ada.. Pasti akan ada jua.. Dengan izinNya

Sekukuh apa pun kita terus mencuba mencintai seseorang dan inginkan bersamanya, tak akan pernah bersatu tanpa restu dariNya.. Sejauh manapun perjalanan hidup kita, akan datang masanya kita akan dijemput jua..

Ya Allah.. Ya Robbi
Engkau berikan kami cinta, namun kami takut tak mampu menjaganya kerana kami insan biasa.. Maka kami kembalikan cinta ini dalam penjagaanMu..
Kami tak ingin cinta itu menjadi lemah kerana kami hanyalah hambaMu yang lemah..
Dan kami yakin dalam penjagaanMu.. Cinta itu akan terjaga kekuatannya kerana Engkaulah Maha Perkasa.
Waktu yang sedikit tak bermakna tiada Cinta.. Kurangnya perhatian bukan bermakna pudarnya Cinta.. Kadang diam membisu bukan tak Cinta.. Hati yang terluka bukan bermakna tiada pula Cinta.
Indahnya kehidupan ini bila ketenangan hati itu menjadi milik kita.. Kegelisahan dan kegusaran jiwa itu tiada, hanya yakin pada ketentuan dariNya.. Hidup kita sedetik cuma, jika hendak menyesali perjalanan kehidupan ini dengan meratap sayu pada cinta sesama manusia..

credit by : Blog Jiwa Jiwa

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

#Jodoh Itu Rahsia ALLAH

"Janji tau, jangan sayangkan orang lain ye. Awak sayangkan kita je tau." Gadis itu beriya-riya mengharapkan kasih lelakinya...

"Erm." Teman lelakinya mengangguk perlahan. Dalam hatinya seperti ada sesuatu yang tersimpan.

"Awak janganlah risau, ada jodoh nanti, adalahkan?" Jawab teman lelaki acuh tak acuh..

"Tak kira, walau apapun terjadi, saya tetap sayangkan awak!"

Selang beberapa bulan, mereka terputus hubungan sebentar. Rupa-rupanya teman lelakinya sudah bertunang dengan gadis lain, dan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.

Si gadis itu tersentak mendengar khabar berita tersebut. Jantungnya bagai direnggut ganas. Jiwanya kosong.Siang malam dia berendam airmata.. impian yang diharapkan selama ini telah hancur berkecai..


Sketsa seperti ini yang selalu terjadi dikalangan pemuda-pemudi sekarang. Bila bercinta bagai nak rak, segala harapan ditaburkan. Segala kelebihan diberikan. Namun akhirnya, ia hilang begitu sahaja. Hanya berteman airmata..

Jadi Elakkanlah bercinta dan menjalinkan hubungan pada sesuatu yang tidak pasti. Mahu kenal, biar ala-ala kadar sahaja, itupun jika kerana mahu berkahwin. Kalau tidak ada niat untuk berkahwin, hindarkan.


 "Cintailah orang yang dikasihi itu sekadarnya sahaja kerana barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari nanti. Dan bencilah terhadap orang yang dibenci itu sekadarnya sahaja kerana barangkali dia akan menjadi orang yang dikasihi pada suatu hari kelak"

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

#AKU TANAK !!!!!!

hye semua , sehat ke ?? harap korang semua sihat.. aku je kurang sihat sikit.. aku nak share dengan korang 1 story. nih.okeh jam sekarang tepat pukul 10:14am..ohh awalnye aku bangun kan.. mane taknye semalam kul8 aku dah pengsan tidur tak sedarkan diri,penangan ubat punya pasal..semalam aku halfday sebabnya aku telah dipaksa pegi jumpa doktor,aku nih sebenarnye tanak pegi..bukan ape malas laa nak pegi jumpa doktor.. (takot sebenarnya) hahaha..

aku nih sebenarnya anti sikit dengan ubat-ubat nih..kalau nak tau benda paling aku tak suke nak makan ?? hah ubat laa..euw pahit..dah tau dah kalau jumpa doktor mesti dia akan bagi ubat kalau sikit tape la jugak nih banyak,beso beso pulak tuh..semalam atas desakkan mak dan yang lain-lain.. aku ditemani mak pegi ke TMC.. (taiping medical center) dengan jantung aku yang tak berhenti asyik dukk dapp,dukk dapp ..aku beranikan diri jugak..pegi jumpa doktor.. huh.gila punya garang muka doktor tuh.. cuak jugak aku.. haha..dia suruh aku duduk.. check punya check.. last sekali dia cakap telinga aku dah teruk.. dia akan bagi ubat then tengok dulu dalam 2.3hari macam mana kalau still teruk jugak...

aku terpakse kena oprate.. ya ALLAH , aku tanak kena oprate..sebenarnya telinga aku dah lame asyik gatal-gatal je..aku ingat tade pape laa,lame-lame kuar air..pastu ade ketumbuhan dekat dalam telinga aku.. ketumbuhan tuh laa buat aku rase sakit sangat dan disebabkan ketumbuhan tuh jugak laa aku terpakse pegi check doktor..kakak aku cakap ketumbuhan tuh mungkin kanser..then doktor tuh cakap semalam air yang kuar tuh sebenarnye nanah..ketumbuhan tuh sebabnya dah terlalu teruk..then jadi bengkak,benda nih dah lame sebab tuh dah teruk.. jenis aku kalau dah teruk sangat baru aku pegi hospital,sakit sikit-sikit malas nak pegi.. padan la muka aku..tapi bila dah lama-lama ,makin teruk ramai yang nasihatkan aku suruh pegi tapi disebabkan sebok dengan kerja aku tangguhkan dulu...

itu laa cakap orang tanak dengar..mak aku punya la bising dekat aku.. dari pegi sampai balik tak henti-henti membebel dekat aku.. dia cakap aku degil dari kecik sampai ke beso tak hilang degil aku nih.. haha..sabo jelaa..aku harap lepas je makan ubat-ubat nih semua maybe akan sembuh peyakit aku nih.. aku pernah dengar orang cakap bila ALLAH bagi kita peyakit dia akan hapuskan dosa-dosa kecil kita..so aku terima je semua dugaan nih dengan redha.. maybe ade hikmah disebalik semua nih.. doakan aku cepat sembuh k.. aku sayang korang semua..i love you  :) 

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

J.O.D.O.H


hai semua , sihat ke? harap korang semua sihat.. lama dah tak update blog kesayangan aku nih kan.. ok entry aku kali nak cerita pasal "JODOH" ..Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui bahawa dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk kita bersama. Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan bahawa dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya.Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Dan Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?.Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya,apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah Dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.

Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

"Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang lama kita kenal tapi mungkin jodoh kita dengan orang yang kita baru kenal dan manusia hanya mampu merancang. Hanya Allah sahaja yang menentukannya”

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

#TIPS MENCARI CALON SUAMI

Kuat Agamanya 
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Baik Akhlaknya 
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

Tegas Mempertahankan Maruah 
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
 
Amanah 
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
 
Tidak Boros 
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
 
Tidak Liar Matanya 
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
 
Terbatas Pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
 
Rakan Pergaulannya 
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
 
Bertanggungjawab 
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.
 
Tenang Wajah 
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya.


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti, itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami. .

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)