EH3 ! JGN LUPE T!NGGALKAN J3JAK ANDA KT CNI TAU =)

FOLLOWERS YG COMEL

#Jodoh Itu Rahsia ALLAH

"Janji tau, jangan sayangkan orang lain ye. Awak sayangkan kita je tau." Gadis itu beriya-riya mengharapkan kasih lelakinya...

"Erm." Teman lelakinya mengangguk perlahan. Dalam hatinya seperti ada sesuatu yang tersimpan.

"Awak janganlah risau, ada jodoh nanti, adalahkan?" Jawab teman lelaki acuh tak acuh..

"Tak kira, walau apapun terjadi, saya tetap sayangkan awak!"

Selang beberapa bulan, mereka terputus hubungan sebentar. Rupa-rupanya teman lelakinya sudah bertunang dengan gadis lain, dan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.

Si gadis itu tersentak mendengar khabar berita tersebut. Jantungnya bagai direnggut ganas. Jiwanya kosong.Siang malam dia berendam airmata.. impian yang diharapkan selama ini telah hancur berkecai..


Sketsa seperti ini yang selalu terjadi dikalangan pemuda-pemudi sekarang. Bila bercinta bagai nak rak, segala harapan ditaburkan. Segala kelebihan diberikan. Namun akhirnya, ia hilang begitu sahaja. Hanya berteman airmata..

Jadi Elakkanlah bercinta dan menjalinkan hubungan pada sesuatu yang tidak pasti. Mahu kenal, biar ala-ala kadar sahaja, itupun jika kerana mahu berkahwin. Kalau tidak ada niat untuk berkahwin, hindarkan.


 "Cintailah orang yang dikasihi itu sekadarnya sahaja kerana barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari nanti. Dan bencilah terhadap orang yang dibenci itu sekadarnya sahaja kerana barangkali dia akan menjadi orang yang dikasihi pada suatu hari kelak"

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

0 0 Pengkritik:

Post a Comment

Meh Komen Dekat Bawah Nih Meh =)