Daisypath Anniversary tickers

EH3 ! JGN LUPE T!NGGALKAN J3JAK ANDA KT CNI TAU =)

FOLLOWERS YG COMEL

#Ramadan datang lagi...

dear dairi.. see pic meow dekat atas nih comel kan.. aku dapat dia.. matiler dia.. hahaha. sekarang tepat jam 2:58pm hari nih hari rabu 18julai persamaan dengan 28hb syaban.. lagi dua hari semua umat islam akan menyambut kedatangan ramadan.. wahh tak sabar sabar ni nak bangun sahur, pegi bazar ramadan shoping makanan banyak banyak.. hahaha.. teringat zaman bebudak dulu aku la paling liat nak bangun sahur.. tapi nak tanak kena bangun jugak..selagi tak bangun dengar laa suara mak mebebel.. sekarang dah tak boleh nak puasa penuh dah.. kalau dulu puasa penuh mak mesti bagi duit raya rm50..dulu rm50 memang dah besar sangat dala kan.. tapi sekarang rm50 macam rm5 je..5min boleh habis..

dan aku jugak tak sabar nak raya tahun nih,tau kan sebab ape..hihi.. aku da beli kain baju raya untuk mak.. tunggu nak hantar pegi tempah je lagi..tahun nih aku hadiahkan mak sepasang baju raya.. dan jugak sepasang lagi untuk kesayangan aku to.. siapa lagi kalau bukan anak sedara aku yang comel dan jugak nakal to.. tak lama lagi dia dah nak dapat adik baru.. dah 3bulan kot kakak aku ngandung.. tak sabar nak tunggu kelahiran si comel to.. diam tak diam aku dah ade 2 orang anak buah.. bila lah agaknya nak ade anak sendiri.. amboi gatai.. anak la konon anak tekak ada lah..

insya allah kan kalau ade jodoh.. tak salah kan fikir mase depan.. mesti comel baby aku nanti kan,kan.. (macam aku) hahaha...tapi kan.. ade benda yang menyemak kan kepala otak aku nih.. baby lappy aku rosak.. pening kepala bila memikirkan nyaa.. melayang lagi laa duit aku.. harap harap tande la kena memahal sangatkan.. aku ingat lepas raya ni baru nak hantar dia g repair.okeh laa sampai sini dulu laa aku menaip untuk kali nih.. tengok la kalau rajin kite bersua lagi yer.. selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa untuk semua umat islam.. jangan ponteng puasa tauuu...mwahhhh :*

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

Kita Akan Belajar Sesuatu

Sedalam kita merasakan cinta pada seseorang dan dengan rela memberi rasa pada dia namun jika masih memeluk tubuh seakan mengharap belaian kasih darinya akan kunjung tiba tanpa ada sebarang usaha itu adalah angan angan kosong yang mungkin tidak akan tercapai..

Hingga suatu masa jua akan kecundang di balik seribu sesesalan jika tiada tindakan dan penghayatan tentang ertinya cinta..


Kerana jodoh itu luas pengertiannya

Bila cinta yang dijaga dengan belaian manja bertahun lamanya terputus di tengah jalan, membuat seseorang itu hilang separuh jiwanya.. Meratap pergi kisah amat berharga di dalam dunia hidupnya berlalu sepi dan pergi meninggalkan luka yang dalam..

Namun, sekuat mana kita berusaha dan memujuk akan rayu agar cinta itu berbalas, jika tiada tertulis akan jodoh itu di atas kita antara dia.. Pasti tidak akan merujuk pada cinta.. Hanya memandang sepi, mengalir air mata kekecewa tanpa ada kekuatan di dalam diri di dalam mempersiapkan diri dari terus menanti harapan..Dan sebesar mana pun kita mencintai seseorang juga tidak akan bermakna apa apa jika tanpa sentuhan dari cintaNya.

Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dengan sepedih rasa, sedang ketegaran akan lebih indah untuk dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja, sedangkan ratap dan tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya, sedangkan berubah itu lebih utama.

Biarlah seluruh alam ini membantu kamu untuk mendekatkan kamu dengan dia insan yang dambakan, namun jika tiada jodoh pasti tidak akan tercapai.. Dan begitulah sebaliknya, biarlah seluruh alam menghalang jodoh itu antara kamu dan dia, namun telah tertulis jodoh itu ada.. Pasti akan ada jua.. Dengan izinNya

Sekukuh apa pun kita terus mencuba mencintai seseorang dan inginkan bersamanya, tak akan pernah bersatu tanpa restu dariNya.. Sejauh manapun perjalanan hidup kita, akan datang masanya kita akan dijemput jua..

Ya Allah.. Ya Robbi
Engkau berikan kami cinta, namun kami takut tak mampu menjaganya kerana kami insan biasa.. Maka kami kembalikan cinta ini dalam penjagaanMu..
Kami tak ingin cinta itu menjadi lemah kerana kami hanyalah hambaMu yang lemah..
Dan kami yakin dalam penjagaanMu.. Cinta itu akan terjaga kekuatannya kerana Engkaulah Maha Perkasa.
Waktu yang sedikit tak bermakna tiada Cinta.. Kurangnya perhatian bukan bermakna pudarnya Cinta.. Kadang diam membisu bukan tak Cinta.. Hati yang terluka bukan bermakna tiada pula Cinta.
Indahnya kehidupan ini bila ketenangan hati itu menjadi milik kita.. Kegelisahan dan kegusaran jiwa itu tiada, hanya yakin pada ketentuan dariNya.. Hidup kita sedetik cuma, jika hendak menyesali perjalanan kehidupan ini dengan meratap sayu pada cinta sesama manusia..

credit by : Blog Jiwa Jiwa

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

#Jodoh Itu Rahsia ALLAH

"Janji tau, jangan sayangkan orang lain ye. Awak sayangkan kita je tau." Gadis itu beriya-riya mengharapkan kasih lelakinya...

"Erm." Teman lelakinya mengangguk perlahan. Dalam hatinya seperti ada sesuatu yang tersimpan.

"Awak janganlah risau, ada jodoh nanti, adalahkan?" Jawab teman lelaki acuh tak acuh..

"Tak kira, walau apapun terjadi, saya tetap sayangkan awak!"

Selang beberapa bulan, mereka terputus hubungan sebentar. Rupa-rupanya teman lelakinya sudah bertunang dengan gadis lain, dan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.

Si gadis itu tersentak mendengar khabar berita tersebut. Jantungnya bagai direnggut ganas. Jiwanya kosong.Siang malam dia berendam airmata.. impian yang diharapkan selama ini telah hancur berkecai..


Sketsa seperti ini yang selalu terjadi dikalangan pemuda-pemudi sekarang. Bila bercinta bagai nak rak, segala harapan ditaburkan. Segala kelebihan diberikan. Namun akhirnya, ia hilang begitu sahaja. Hanya berteman airmata..

Jadi Elakkanlah bercinta dan menjalinkan hubungan pada sesuatu yang tidak pasti. Mahu kenal, biar ala-ala kadar sahaja, itupun jika kerana mahu berkahwin. Kalau tidak ada niat untuk berkahwin, hindarkan.


 "Cintailah orang yang dikasihi itu sekadarnya sahaja kerana barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari nanti. Dan bencilah terhadap orang yang dibenci itu sekadarnya sahaja kerana barangkali dia akan menjadi orang yang dikasihi pada suatu hari kelak"

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)