Daisypath Anniversary tickers

EH3 ! JGN LUPE T!NGGALKAN J3JAK ANDA KT CNI TAU =)

FOLLOWERS YG COMEL

Kita Akan Belajar Sesuatu

Sedalam kita merasakan cinta pada seseorang dan dengan rela memberi rasa pada dia namun jika masih memeluk tubuh seakan mengharap belaian kasih darinya akan kunjung tiba tanpa ada sebarang usaha itu adalah angan angan kosong yang mungkin tidak akan tercapai..

Hingga suatu masa jua akan kecundang di balik seribu sesesalan jika tiada tindakan dan penghayatan tentang ertinya cinta..


Kerana jodoh itu luas pengertiannya

Bila cinta yang dijaga dengan belaian manja bertahun lamanya terputus di tengah jalan, membuat seseorang itu hilang separuh jiwanya.. Meratap pergi kisah amat berharga di dalam dunia hidupnya berlalu sepi dan pergi meninggalkan luka yang dalam..

Namun, sekuat mana kita berusaha dan memujuk akan rayu agar cinta itu berbalas, jika tiada tertulis akan jodoh itu di atas kita antara dia.. Pasti tidak akan merujuk pada cinta.. Hanya memandang sepi, mengalir air mata kekecewa tanpa ada kekuatan di dalam diri di dalam mempersiapkan diri dari terus menanti harapan..Dan sebesar mana pun kita mencintai seseorang juga tidak akan bermakna apa apa jika tanpa sentuhan dari cintaNya.

Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dengan sepedih rasa, sedang ketegaran akan lebih indah untuk dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja, sedangkan ratap dan tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya, sedangkan berubah itu lebih utama.

Biarlah seluruh alam ini membantu kamu untuk mendekatkan kamu dengan dia insan yang dambakan, namun jika tiada jodoh pasti tidak akan tercapai.. Dan begitulah sebaliknya, biarlah seluruh alam menghalang jodoh itu antara kamu dan dia, namun telah tertulis jodoh itu ada.. Pasti akan ada jua.. Dengan izinNya

Sekukuh apa pun kita terus mencuba mencintai seseorang dan inginkan bersamanya, tak akan pernah bersatu tanpa restu dariNya.. Sejauh manapun perjalanan hidup kita, akan datang masanya kita akan dijemput jua..

Ya Allah.. Ya Robbi
Engkau berikan kami cinta, namun kami takut tak mampu menjaganya kerana kami insan biasa.. Maka kami kembalikan cinta ini dalam penjagaanMu..
Kami tak ingin cinta itu menjadi lemah kerana kami hanyalah hambaMu yang lemah..
Dan kami yakin dalam penjagaanMu.. Cinta itu akan terjaga kekuatannya kerana Engkaulah Maha Perkasa.
Waktu yang sedikit tak bermakna tiada Cinta.. Kurangnya perhatian bukan bermakna pudarnya Cinta.. Kadang diam membisu bukan tak Cinta.. Hati yang terluka bukan bermakna tiada pula Cinta.
Indahnya kehidupan ini bila ketenangan hati itu menjadi milik kita.. Kegelisahan dan kegusaran jiwa itu tiada, hanya yakin pada ketentuan dariNya.. Hidup kita sedetik cuma, jika hendak menyesali perjalanan kehidupan ini dengan meratap sayu pada cinta sesama manusia..

credit by : Blog Jiwa Jiwa

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

#Jodoh Itu Rahsia ALLAH

"Janji tau, jangan sayangkan orang lain ye. Awak sayangkan kita je tau." Gadis itu beriya-riya mengharapkan kasih lelakinya...

"Erm." Teman lelakinya mengangguk perlahan. Dalam hatinya seperti ada sesuatu yang tersimpan.

"Awak janganlah risau, ada jodoh nanti, adalahkan?" Jawab teman lelaki acuh tak acuh..

"Tak kira, walau apapun terjadi, saya tetap sayangkan awak!"

Selang beberapa bulan, mereka terputus hubungan sebentar. Rupa-rupanya teman lelakinya sudah bertunang dengan gadis lain, dan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.

Si gadis itu tersentak mendengar khabar berita tersebut. Jantungnya bagai direnggut ganas. Jiwanya kosong.Siang malam dia berendam airmata.. impian yang diharapkan selama ini telah hancur berkecai..


Sketsa seperti ini yang selalu terjadi dikalangan pemuda-pemudi sekarang. Bila bercinta bagai nak rak, segala harapan ditaburkan. Segala kelebihan diberikan. Namun akhirnya, ia hilang begitu sahaja. Hanya berteman airmata..

Jadi Elakkanlah bercinta dan menjalinkan hubungan pada sesuatu yang tidak pasti. Mahu kenal, biar ala-ala kadar sahaja, itupun jika kerana mahu berkahwin. Kalau tidak ada niat untuk berkahwin, hindarkan.


 "Cintailah orang yang dikasihi itu sekadarnya sahaja kerana barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari nanti. Dan bencilah terhadap orang yang dibenci itu sekadarnya sahaja kerana barangkali dia akan menjadi orang yang dikasihi pada suatu hari kelak"

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)

#AKU TANAK !!!!!!

hye semua , sehat ke ?? harap korang semua sihat.. aku je kurang sihat sikit.. aku nak share dengan korang 1 story. nih.okeh jam sekarang tepat pukul 10:14am..ohh awalnye aku bangun kan.. mane taknye semalam kul8 aku dah pengsan tidur tak sedarkan diri,penangan ubat punya pasal..semalam aku halfday sebabnya aku telah dipaksa pegi jumpa doktor,aku nih sebenarnye tanak pegi..bukan ape malas laa nak pegi jumpa doktor.. (takot sebenarnya) hahaha..

aku nih sebenarnya anti sikit dengan ubat-ubat nih..kalau nak tau benda paling aku tak suke nak makan ?? hah ubat laa..euw pahit..dah tau dah kalau jumpa doktor mesti dia akan bagi ubat kalau sikit tape la jugak nih banyak,beso beso pulak tuh..semalam atas desakkan mak dan yang lain-lain.. aku ditemani mak pegi ke TMC.. (taiping medical center) dengan jantung aku yang tak berhenti asyik dukk dapp,dukk dapp ..aku beranikan diri jugak..pegi jumpa doktor.. huh.gila punya garang muka doktor tuh.. cuak jugak aku.. haha..dia suruh aku duduk.. check punya check.. last sekali dia cakap telinga aku dah teruk.. dia akan bagi ubat then tengok dulu dalam 2.3hari macam mana kalau still teruk jugak...

aku terpakse kena oprate.. ya ALLAH , aku tanak kena oprate..sebenarnya telinga aku dah lame asyik gatal-gatal je..aku ingat tade pape laa,lame-lame kuar air..pastu ade ketumbuhan dekat dalam telinga aku.. ketumbuhan tuh laa buat aku rase sakit sangat dan disebabkan ketumbuhan tuh jugak laa aku terpakse pegi check doktor..kakak aku cakap ketumbuhan tuh mungkin kanser..then doktor tuh cakap semalam air yang kuar tuh sebenarnye nanah..ketumbuhan tuh sebabnya dah terlalu teruk..then jadi bengkak,benda nih dah lame sebab tuh dah teruk.. jenis aku kalau dah teruk sangat baru aku pegi hospital,sakit sikit-sikit malas nak pegi.. padan la muka aku..tapi bila dah lama-lama ,makin teruk ramai yang nasihatkan aku suruh pegi tapi disebabkan sebok dengan kerja aku tangguhkan dulu...

itu laa cakap orang tanak dengar..mak aku punya la bising dekat aku.. dari pegi sampai balik tak henti-henti membebel dekat aku.. dia cakap aku degil dari kecik sampai ke beso tak hilang degil aku nih.. haha..sabo jelaa..aku harap lepas je makan ubat-ubat nih semua maybe akan sembuh peyakit aku nih.. aku pernah dengar orang cakap bila ALLAH bagi kita peyakit dia akan hapuskan dosa-dosa kecil kita..so aku terima je semua dugaan nih dengan redha.. maybe ade hikmah disebalik semua nih.. doakan aku cepat sembuh k.. aku sayang korang semua..i love you  :) 

Thank Sebab Baca , Meh Laa Like Dan Komen Sekali..:)